love

keep this heart with you always as a reminder that i will always love you..

Friday 29 March 2013

Kau dan aku

Gembira dpat mengenali awak nadia. :D thanks for all. Saya akan sentiasa merindui awak dan akan sentiasa mengingati saat kita bahagia. Cubit awak, tumbukan awak, manje awak, mata awak, pandangan awak, cara berjalan dan semua ciri2 awak yang membuatkan saya sayang awak. Rindu awak sangat2 andai kita tidak dapat bersama lagi. :')

Wednesday 27 March 2013

27/3/13_maghrib

7.20 pm_
Kalau nak di ceritakan pasal jealoussss. Aku pun ade jealous. :D cuba nyatakan jenis lelaki yang tak jealous bila gf dia melayan lelaki lain. Firstly orang giler, aku ni giler ke? Eh tak, sebab tu aku jealous. :p secondly laki yang kongsi gf. Wow! Dangerous lelaki macam nih. Tapi ade ke laki macam nih? Jangan cakap tade. Tapi aku? Eh tak, sebab tu aku jealous. :p ketiga laki yang tak kesah. Tapi aku? Aku tak macam tu, sebab tu aku jealous. :p
Situasi aku. Dia kawan aku, aku pun kawan dia. So kitorang memang kawan. Ramai perempuan lain lagi yang boleh kau layan. Yee aku faham kau peramah semua perempuan kau layan. So kau hot kan. Tapi kau tahu tak? disebabkan orang lain relay seseorang tu boleh rosak. :D lelaki ni bukan macam perempuan, perempuan sentiasa bersangka baik pada bf dia. Tapi ade kau fikir pasal laki lain? Lelaki ni mudah bersangka buruk. Klau kau dah melayan gf laki tu, kau tak terfikir ke yang laki tu fikir gf dia curang? Tak pun laki tu fikir kau mesra dengan gf dia. Lelaki ni sensetif. Kalau lah gf kau layan laki lain, tak pun laki lain layan gf kau. KAu fikir apa? Mesti kau fikir bukan2. Tak payah lah nak fikir lain. Aku benci. Serious. Kalau perempuan pun melayan, memang ngam leww.

27/3/2013

26.3.13_
12 pm_
Hari gilang gemilang buat akuu! Yeazzaaa! Dapat date dengan nad! Lama tak date woo.. Rindu gilerr.. :'( sedih ni pun adenyee. Puas berjalan, mulut dia ya Allah, slalu buat aku ketawa dan tersenyumm.. Hee. :p dia lah adik aku, dia lah best friend aku, dia lah girlfriend aku, dia lah geng sekepala aku, dan dia lah wife aku. Ehh? -,= tunggu sah. Ikat kontrak 9 tahun jew lagi. Tunggu yee sayang. HUhu. :p insyaAllah dengan izin Allah SWT segalanya berjalan dengan lancar. Aminn.. :')

Monday 25 March 2013

25/3/13 ohh kawan yang aku kenal

01.48 pm_
Kenapa dia macam ni? Selalu kalau minta tolong, boleh aje. Tapi sekarang? Tak mengapalah kawan. Maybe kita sekarang guna konsep sape cepat dia dapat. Maksudnya faham lah ye. Dah, sambung buat pbs_

#Bukan tuk awak ye Nadya

25/3/13

12.45 pm_
Bangun pagi 7 stgah, dia dah text mcj. Layan sampai 12 tengah hari. Lepas tu ada kerja jap nak basuh motor. Dah lah tak tolong ayah, aku bukan apa. Bukan tanak tolong, tapi kerja pbs tak siap lagi. tu yang tak dapat nak tolong ayah. Bukan sengaja pun. Kepala serabut sangat! Macam2 benda nak kena buat. Dah lah pbs p.a tak habis buat, minggu depan naik skolah na kena hantar. Banyak nya perkara.! Tambah pulak minggu ni ada kerja kwin dekat rumah. Errr! Mesti banyak tangguh. Hari cuti ni pula ayah ajak tolong buat rumah, dah lah pagi sampai pukul 12 lepas tu sambung pukul 2 sampai pukul 7. Badan dah penat, malam mesti tertidur juga Dah telupa na buat pbs. Dugaan selalu macam ni ke? Tak pun ni first time aku laluinya, sebab semenjak masuk fom 6 ni aku rasa dah tade masa nak main2 nak buat kerja lain melainkan fokus study dan buat kerja yang diamanahkan. Tapi aku rasa serabut kepala, setiap petang pula pukul 4 dah kena turun padang. Bila aku cakap petang ni tak dapat datang sebab kena p skolah, bapak aku dah jeling and macam tak suka. Kalau macam tu baik aku kerja jelah, tayah sekolah atau sambung belajar tapi tolong bapak aku buat rumah. Eh tertekan leww.!

Sunday 24 March 2013

Saturday 23 March 2013

Thursday 21 March 2013

21/03/2013 result stpm

4.23 pm_
:'( berjalan pulang dengan perasaan yang gelisah dan tak senang.. sekolah. Berjam2 lamanya menunggu keputusan, seorang demi seorang telah mencatatkan keputusan yang terbaik. Tetapi aku orang yang lewat menerima keputusan.. Try send guna fon cikgu maria, tak menemui apa2 jawapan hinggalah aku balik dengan perasaan yang gelisah sekali lagi. Sesampainya aku dirumah, Aku terus capai fon dan mencuba sekali lagi.. Tak sampai beberapa minit, text smpai.. Jawapan yang aku nantikan itu sangat menghampakan aku! Kenapaaa.. :'( result aku.. Ya Allah, aku terima segala dugaan Mu dan baru aku sedar betapa sukarnya untuk aku menemui sesuatu kejayaan.. Aku tak akan pernah menyesal untuk ini dan aku janji dengan diri, aku akan buat yang terbaik.. :'( aku buktikan!

Wednesday 20 March 2013

20/03/2013 malam

8.28 pm_
Weyyhhh! Kenapa dengan aku ni?! Bila nak berubah?! Kenapa aku tak berhijrah daripada yang dulu kepada yang lebih baikk..! Masa dah time, semua bergerak pantas. I hope yg terbaikk.. T_T

20/03/2013 ptg

4.02 pm_
Petang yang indah.. Dapat lepak dekat rumah. Nasib baek koko tade hari ni. Ah bola pun aku malas nak turun training.! Ni jelah peluang yang aku ade supaya dapat santai untuk sementara. Kejap lagi dah kena buat pbs, ahh perah otak lagi. Pbs ni mudah je sebenarnya kalau kita ikut procedure. Tapi tu lah, ntah.
Bila baring macam ni teringat pulak kisah lalu, haiy duniaaa.. Kisah dimana aku mengenali seseorang yang bernama ******#. Haha. Ex aku lah, aku mana ade ex lain. Aku cuma mengaku dia je ex aku walaupun ade sebenarnya. Dia orang yang pertama aku bersama and aku pun orang yang pertama dia bersama,kiranya same2 first time lahh. Yelah kami bersama tak lah lamaa.. Sekejap je atas sebab faktor tertentu. Walau macam mana pun, kami tak pernah bermusuh dan hanya berkawan sehingga kini. Walau macam mana pun, nadya tahu yang dia tu kawan aku. Nadya tak lah risau sebab kawan. Aku dengan nadya ni pun baru lagi, setahun jagung kann. Baru setahun setengah. Berbalik dengan cerita ex aku tuhh. Aku tak sangka pula bila aku masuk fom 6 jumpa dia lagi. Ingatkan dia sambung tempat lain. Emm maybe dia guna jalan mudah tapi sukar. Maksudnya mudah sebab tak perlu ambil diploma, terus ijazah. Tapi yang sukarnya kena sentiasa alert dengan subjek. Lagi pun aku masuk fom 6 ni bukan sebab nak jumpa gf ke ape ke. Tujuan aku sama macam tadi, nak cari jalan mudah tapi sukar. So kena kerja keraslah kann. Emm ex aku ni dia seorang yang sangat sporting, maksud aku bukan sporting kearah negatif. Tapi dia ni sporting kearah positif. Dia sentiasa rapat dengan kawan2,baik perempuan mahu pun lelaki. Lagi pun tengok gaya dia sepanjang aku kenali diri dia ni, dia seorang yang nak lakukan apa saje. Orang kata pun macam laki. Haha. Sorry. Dia macam mana ea nak jelaskan. Alaa aku tahu tapi tak tahu nak translate dalam ayat. Orang cakap pun dia sentiasa aktiflah,sentiasa disebut2 dalam kalangan guru-guru. Yelah belajar bagus, terlibat sukan pun ada. Aku dah mengantuk lah. Tidur jap lah, naty sambung blogger..

20/03/2013

3.44 am_
Em tibe2 je terjaga pasal dia.. Terus taip dekat blog. Nadya kamidan ni, seorang yang comey. Tapi tak extreme. Dia kalau depan aku kan, dia slow je. Tak akan banyak cakap ataupun mati kutu tak tahu nak buat ape. Tapi kalau ade geng satu kelas dia, hidup terus dia. Kmain segOr lagik,aje pening pale tgok. Dah lama tengokk je perangai dia. Macam2 lah dia ni. Ape yang menarik sepanjang bersama dia kan, dia ni jenis suka pendam, dalam diam je dah brangin. Dia bukan orang yang cepat mengalah dalam mendapatkan apa yang dia nak, terutama kalau dalam kelas subjek yang dia nak kuasai tak capai matlamat dia, dia akan terus berusaha walaupun ramai pesaing. Haa lagi, dia memang suka kalau makan kek. Tapi tengok jenis kek kut, kalau mahal tu lagi dia branded punya orang. Coklat pun favourite dia, tapi sepanjang relay ni aku lebih suka bagi dia toblerone tak pun yang cikai coklat 10sen tu. Beli singgit biar dia melantak walaupun tekal dia ni lebih kepada west, maaflah sebab aku ni masih solok lagi. Haha. Muke dia aku tak kisah walaupun dia cakap tak cantik tapi sebenarnya yee, aku tetap terima seadanya. Ehh. Banyak betul dia melabur dekat aku, aku tak suka lahh. Bukan tak nak terima atau sombong ke ape.. Tapi jenis aku ni tak suka nak meminta, biarlah aku tengok ape orang tu ade daripada aku meminta. Kitorang kadang2 fight pun sebab ni lah, masing2 tak nak mengalahkan. Akhirnya aku mengalah jugak, dia ni stubborn. Menyirap. =P walau macam mana pun perangai dia. Nakal, degil, mnyirap. Selagi aku hidup ni, aku akan tetap terima dia seadanya. Sebab aku dah terikat dengan dia punya cara kehidupan. =D apa2hal kalau ada masalah mesti aku cerita dekat dia dulu walaupun dia tak boleh nak buat pape. Manusia Adam ni di jadikan adalah untuk melindungi Hawa. so macam2 benda aku buat bagi lindungi dia walaupun perkara tu orang just kacau2 dia. Dah lah. Banyak lagi sebenarnya. Tapi dah mengantuk lahh. Giler ape nak cerita detail dia, kopak aku. Haiy..
4.10 am_

Monday 18 March 2013

18/03/2013

11.52 pm_
Em kenapa malam ni. Sedihnyaa. :( ya Allah jauhkanlah dari perkara yang menjauhkan kami..

18/03/2013

11.52 pm_
Em kenapa malam ni. Sedihnyaa. :( ya Allah jauhkanlah dari perkara yang menjauhkan kami..

Sunday 17 March 2013

17/03/2013_pagi

8.57 am_
Good morning.. Hemm letih nya badan bila ayah dah kejut suruh tolong dia buat rumah. =,- .. Penat yang teramat sangat, dah lah semalam kaki kena taji dengan besi. Ohh duniaa.. T_T
Kenapa pagi2 ni aku rasa lain.. Em lepas ni tak tahu lah apa akan jadi dengan relay. Maklumlah couple satu skolah, bila dah habis skolah mesti jauh terpisah. Kitorang mesti akan break jugaa. Aku bukan harap perkara ni berlaku, tapi tengok daripada cara dia itu menunjukkan yang aku dengan dia tak lama. Dia budak hot, sebut dekat laman sosial semua kenal so ramailah laki2 cucuk cuba rapat dengan dia. Tu baru dekat internet, tapi kalau dah sambung belajar? Memang tipu lah kalau dia cakap dia tade ramai kawan laki dekat u atau mana2 tmpat dia belajar nanti. Aku bercakap berdasarkan pengalaman dan bukan men sebut jee. Tapi ape yang aku harap ialah supaya dia tak macam tu..

17/03/2013

12.15 am_
Aku rasa aku dah tak perlu ucapkan apa-apa kata janji. Yelah aku dah tanak halang kemahuan dia. Aku tanak jadi seorang yang mengongkong dia. Setiap kali aku cakap janji jangan nakal ea, dia mesti senyap jap. Seolah2 dia rasa bersalah kalau dia buat atau pun tengah 50-50.. So dari situ aku rasa tak perlu lah nak cakap janji lagi dengan dia, aku tahu seseorang tu memerlukan kebebasan untuk menyatakan pendapat atau pun memilih cara hidup sendiri. Lagi pun kalau nak disoal tentang jodoh ni, dia ada hak nak tinggalkan aku atau nak buat apa saje dekat belakang aku sebab belum terikat dengan apa2 tali hubungan yang sah. So aku cuba faham situasi walaupun sebenarnya susah hati aku nak terima. Kita tengok je apa yang akan berlaku lepas ni. InsyaAllah segala apa yang aku harapkan termakbul dan jadi satu impian buat aku. :)

Saturday 16 March 2013

16/03/2013

7.08 pm_
Risaunya dia pada aku. Yla kan mana tak nya, kaki aku tertusuk besi karat. Dah lah trkoyak, aku tak perasan besi tu dkat bawah. Aku mengundur terus merobek buku lali aku. Soo mleleh lew darah. Dia seboleh2 risau sangat, aku oke jee. Just na mengadu je, maklumlah nak manjee. :P tapi ternyata yang dia ambil berat pasal aku. :) takde perempuan lain yang dapat aku sama kan macam dia. Thanks sayang. :) sayang awak sangat2. :)

Friday 15 March 2013

15/03/2013

Trase diri ni cm smpah! :D thanks awak sbb buat saya macam ni, saya akan abadikan kenangan ni untuk kita. Perkara manis untuk hari ni. :D diharap akan datang.. Ntah lah awak. Saya rasa macam tugu negara yang tegak di hadapan awak tadi 6.26 petang, jumaat, 15.3.13.. :D saa teruja dengan perkara ni. :D thanks saayang. :D

Monday 11 March 2013

Please, hanya tuk saya ye

I love you, do you agree?? =D lama menanti wanita seindah ini, pandai amik hati, ikut ap yg aku suruh. =D ap yg saya nak daripada 1000 perkara yg saya rancang cuma satu je yg utama, jadi lah milik saya tuk slamanya. =D

Wednesday 6 March 2013

Instagram

Tuesday 5 March 2013

Hehe.

Kadang2 bila dengan awak ni nadya, sentiasa buatkn sy tgelak tau. =P huhu. sy ta pernah jemu dengan Awak. Tapi sy mkin tahu setiap pergerakan awak, cara bjalan, pndangan dari jauh. Semua sy dah dapat tahu. =D nak2 kalau dgar suara awak. Huhu. Indahkan dunia hbungan ni. Kalau kite betul2 jaga, hayati.. =D

Monday 4 March 2013

Harapann..

Aku harap kau setia dengan aku jee. And ikhlas dengan aku, boleh kann sayang? :D

Sunday 3 March 2013

Baguslah..

Haa. Baguslah klau dia dah ada teman baru dekat tmpat tusyen dia. Sekurang2 nya aku yg merelakan dia ditemani laki lain. =D dah tak payah susah payah dia nak mcj2 aku time ad klas. =D teman pengganti. ;D
Anje.. Anje nak tahu tak, orang yang paling syg sayang dlm dunia ni kan ialah ibu ayah and family. =D haa lepas tu, anjee.! Huhu. =d and lastly baru lah kewon2.. =P hehe. Syg janji nak jaga anje dgn lebih baik lpas nih. =D tuk relay, sume bley. =D

Oh dunia

Manusia ni tak sama macam yang kite fkirkan..
Powered By Blogger