love

keep this heart with you always as a reminder that i will always love you..

Sunday 30 June 2013

30/06/2013 9:10 AM

Kenapa lah dengan dy dari malam tadi. Nak kata badmood sebab jdt kalah, tak kan lah kut. Dy ni mesti ada sebab lain ni. Ntah lah nadya, aku nak tahu apa masalahnya pun susah kalau kau asyik pendam. Memang srius susah kalau macam ni. Aku tak kan oke selagi kau tak nak cakap apa punca kau jadi macam ni. Skurang2nya beritahu lah kenapa kau macam ni,kalau punca daripada aku. Aku akan tetap terima alasan tu dengan seadanya. Tapi kalau kau diam,aku ni ibarat bf yang tak ada guna untuk perempuan macam kau. Dan aku rasa kau patut cari laki yang lebih perfect daripada aku. Sebab aku ni bodoh,tade otak,ego,kuat jeles,tambah pulak aku tak handsome dan lain2. Aku harap kau fikir2kan lah nak cakap atau tak setiap masalah tu. Aku hanya memberi senyuman palsu .. :))

Friday 28 June 2013

28/06/2013 5:19 PM

Sepetang bersama dy. Hehe. Hemm. Aku kan sebenarnya beli kuota internet ni sebagai persediaan jee. Bukan tuk online sangat pun. Pada aku online sekarang dah bosan sikit aw. Tade ape nak buat dah. Melainkan kalau dy ada online. Baru lah aku aktif sikit,tu pun sikit jelah. Tu perkara pertama,yang kedua pula ialah saja je nak stalker dy mana lah tahu dy online senyap2 kan. Tapi aku tak kisah sangatlah sebab dy bukan macam dulu lagi. Sekarang dy dah dengar cakap aku. Baguslah. Semuanya aku dah setting baik lah. Costum notification aku set kan untuk dy. Nanti kalau dy ada post pape,aku dapat laporan yang dy post tu post ni. Baik facebook,twitter nak pun sekarang instagram. Tapi tak tahu pula kalau dy ada laman sosial yang lain. Tapi tape dy dah dengar cakap aku. Alhamdulillah. Aku sayang dy sebab dy dengar kata lah. Tu antaranya lah. Tapi walaupun dy tanak dengar kata,aku tetap sayang juga. Hee. ;)

28/06/2014 2:48 PM

Malam yang sunyi. Sememangnya malam itu sangat sunyi. Ini kerana semua manusia melakukan sesuatu perkara yang sama seperti mana makhluk lain lakukan,iaitu tidur. Hee. Aku tak boleh nak tidurlah. Terfikir n terkenangkan balik masa zaman sekolah tadika n sekolah rendah. Aku ada member yang terbaik sangat,dy lah yang paling terbaik sekali lah. Dulu masa sekolah tadika, lepas je balik sekolah. aku datang rumah dy aw. Ajak dy main mainan. Maklumlah dulu rumah dy banyak mainan,biasa mainan pokemon. Lepas balik je lepak dengan dy bawah pokok rambutan rumah dy. Memang best giler lah. Siap main korek2 pasir, buat jalan kecik untuk mainan kereta tamia. Haa ingat lagi. Dulu kereta tu lah yang paling top. Memang gila2 lah kalau nak dapatkan. Tapi untung aku sebab ada dy. Dy ada kereta tamia lebih,so dy bagi aku main dy ajak main. Tapi masalah kereta yang dy bagi tu tak boleh gerak. Enjin kecik dalam tu dah tade. So aku kesah ape kan,yg penting roda ada so aku buat main tolak2 jelah. Haha. Main bawah pokok, redup pula tu. Memang saat paling manis dalam hidup aku lah. Ada satu hari tu aku main mainan dekat pasir,aku siap gali lubang pula tu. Yela kan nak buat laluan mainan tu kan. Bapak aku balik je dari keje,dy ngaruk. Dy panggil aku p dekat belakang rumah dy amik cangkul suh aku main longkang dekat belakang tu daripada aku main pasir. And yang aku taley lupa time tu jelah, bapak aku menangis sebab aku macam ni. :') yelah kan terlalu nakal kan. Aku takut sangat2. Hmm. Pape pun ni antara yang terbaik lah. Bila masuk je sekolah rendah dari darjah 1 sampai 6, setiap tahun aku akan main mercun dengan dy. Haha. Buat mercun sendiri, amek kau pertama kali mercun aku menjadi. Mana taknya, aku campurkan bahan macam petrol,minyak tanah,sabun lagi tah ape tah. Air tu terus jadi kelabu. Haha. Isi dalam botol minyak yang besar,lepas tu surat khabar letak dekat bibir botol tu. Habis je buat sume tu,aku try bakar. Bakar api tak jalan, tiup2 sampai habis baru api tu besar. Lepas tu tiba2 je meletop. Asap banyak gila n nasib muka tak hitam. Haha. Tapi bila masuk je sekolah menengah segalanya berubah hari demi hari,sedikit demi sedikit. Dy dah dapat member yang dapat merubah diri dy lebih kepada style n dressup. Dy dah kurang layan aku msa tu sebab asyik keluar dengan member dy jee. Tapi kalau p sekolah kadang2 sendiri. N sekarang dy dah jarang lepak dengan aku. Maklumlah member dah ramai. So aku selalu sendiri. Fikir2 macam2. Pape pun aku happy sebab ada kawan macam kau. Semua kenangan aku dengan kau,tak kan pernah aku lupa.

Thursday 27 June 2013

27/06/2013 7:42 PM

Dunia aku sunyi dan sepi tanpa dy. Time dy ada, aku mengeluh n macam2. Bila dy tade aku rasa menyesal sebab rasa macam tu dekat dy. Rumah ni sunyi tanpa dy. Sekurang-kurangnya ada dy tuk marah adik-adik yang nakal-nakal. Senyap je rumah bila dy tade. Aku rasa tak semangat. Nak nangis je rasa. Betapa pentingnya dy pada aku. Nadi kepada family aku. Macam mana kalau dy sakit, macam mana kalau dy tak macam biasa, macam mana kalau dy tiada lagi. Allah je yang tahu semua ni. :'(

Tuesday 25 June 2013

25/06/2013 10:9 PM

Hemm.. aku kalau boleh lah kan. Aku tak nak bagi gf aku keluar sana sini n aku nak dy duduk rumah jee. Yelah kalau dy keluar perasaan aku jadi tak menentu. Tapi apa boleh buatkan.? Relakan jelah. Lagi pun dy ni perempuan jenis branded punya kan,bf kampung macam aku. So aku fikir biarlah dy nak buat apa pun dekat luar sana tu yang penting dy tak lupa aku walaupun aku ni tak pernah beri apa2 pada dy melainkan perasaan kasih sayang jee. So apa dy nak buat,tu hak dy n tu bukan masalah aku. Senyum okee. ^______^

nadya kamidan

can you be my girlfriend,sweety,partner,pa,wife.? :3 pleasee..

25/06/2013 2:25 AM

jam menunjukkan 2:03 AM. aku masih lagi dibuai angan2 yang tak pasti. mata pedih disebabkan oleh kesan jerbu yang sudah kembali. rasanya baru je petang tadi IPU menurun. time malam pula dy meningkat balik? pedih mata aku nih. tape lah itu semua takkan menjejaskan kelas aku yang akan bermula jam 7 setengah pagi jap lagi. bape jam je aku dapat tidur. ni pun tak dapat nak tidur sebab memikirkan kenapa dengan si nadya. rasanya dy oke je semalam. masuk hari ni dy tak oke lah pula. start dari jam 1 tadi kut. time dy baru balik dari latihan driving. hari khamis ni 27/06/2013 dy dah jumpe jpj. kesian manja aku ni. masih belum bersedia lagi dah tiba masa untuk ujian sebenar. pape pun aku sentiasa support dy dari belakang. hehe. jangan risau sayang dibelakang. ;) nanti dah ada lesen,boleh lah bawa sayang jalan2. hehe. tapi semua angan2 tu berubah bila start malam. kenapa dy tiba2 slow je? :( aku ada buat salah ke? tegurlah. macam mana aku nak betulkan kalau aku pun tak tahu yang aku dah buat salah. :( maaf ea manja. sayang tak berniat pape pun. baru je nak happy kan manja. tapi tiba2 macam ni pula. :( tape lah dy dah pun tidur. aku harap esok pagi dy oke seperti biasa tak nak tengok dy sedih. aku susah hati. dy adalah sebahagian dalam hidup aku sekarang. pape pun kalau awak baca cerita yang saya update ni,semuanya adalah perasaan risau,sayang,rindu,cinta,kasih pada awak nadya. berbaki 8 tahun je lagi. insyaallah saya akan berusaha dengan lebih gigih tuk capai kejayaan saya serta hasrat yang kita rancang. i l o v e y o u s o m u c h ! ! n a d y a .. <3

24/06/2013 11:52 PM

aku ke orang dalam hidup dy masa akan datang nanti? :) ntah lah. kata orang kalau ada jodoh, bersama lah. kalau tak, bukan rezeki lah tuu. tapi aku dah berharap. macam mana dengan dy? dy sama ke berharap macam aku? aku rasa tak kut. tengok gaya dy relax n cool jee. oke lah tu maknanya. :) kata orang jangan bergantung harap, tapi aku dah bergantung harap. so macam mana ni? tanya lah dy nanti. :)

Monday 24 June 2013

24/06/2013 11:45 PM

aku tak tahu macam mana nak buat dy yakin. :') maybe aku belum ada kelayakan kut.. tak apa lah nadya. kalau awak kata ya,saya ikut ya. kalau tak,saya ikut tak. :) maybe kalau ikut cara awak kita akan oke kan. saya ni tade pendirian. so awak jelah tempat saya follow. thanks lah ye. :)

Sunday 23 June 2013

Percintaan antara budak kampung dengan budak town

Kami mengenali antara satu sama lain bermula di facebOOk. Masa tu aku sawit lagi,langsung tak tahu sangat dengan facebook (fb). Yg tahu,chat,update gambar dengan status. Tu aje. Tapi dari situ lah bermulanya kisah suka duka budak kampung dengan budak town. ;)

23/06/2013 5:53 AM

Jam menunjukkan 5.20 AM. Aku masih belum lagi tidur. -,- terjaga dari jam 1.03 AM tadi. Kenapa susah sangat nak tidur ni.. Dari tadi asyik belek gambar nadya jee. Apa yang aku dapati ialah. Dy dengan aku lain. Aku rasa antara kami jauh beza dari sudut kehidupan serta ciri cuma hati je yang sama. ;) apa yang dapat aku nyatakan disini ialah bila aku tengok gambar dy. Dy ni seorang yg sentiasa maju dan ikut arus perdana. Maksud aku dy sentiasa mengekalkan ciri moden yang sentiasa mencari atau mencuba sesuatu yg baru. Jadi,perbezaan aku dengan dy skarang adalah dy lebih kehadapan berbanding aku yg seperti zaman kuno nihh. -,- ..
Aku bukan nak ikut cara dy,tapi aku tengok je apa yg dy buat. Ye memang dy wanita atau perempuan moden zaman skarang. Sentiasa follow perkembangan dunia fasion,dress up atau lain2 lagi.
So tu cara dy lah. Aku tak boleh nak follow.
Mmg tak kan follow lah. Dy ada segalanya apa yg dy nak. Aku hanya mampu melihat apa yg dy miliki. Status dy dengan aku maybe jauh bezanya. Memang ketara pun. -,- tapi aku harap tu tak mematahkan semangat aku tuk jadikan dy teman hidup aku lah. Tapi dy dah plan,andai kata aku gagal meraih sebarang kejayaan sepanjang pengajian atau sepanjang aku belajar ni. Hubungan ni akan berakhir. Aku dah cuba sedaya upaya. Tapi kalau tak dapat capai juga.. Tape lah. Its oke kalau macam tu. Maybe aku tada rezeki bab tu kan. Akan datang lagi kita tak tahu macam mana lagi kan. Tapi apa yg aku harap ialah dy sebahagian dpd hidup aku. Tapi aku ni tak perfect n tak sebagus n tak sepandai lelaki lain. Aku cuma golongan bawahan dan tak lebih dpd sederhana. :D pape pun kita tengok 8 tahun akan datang nanti. Baki 8 tahun je lagi ni. Dapat ke aku capai matlamat tu??

Powered By Blogger