love

keep this heart with you always as a reminder that i will always love you..

Friday 28 June 2013

28/06/2014 2:48 PM

Malam yang sunyi. Sememangnya malam itu sangat sunyi. Ini kerana semua manusia melakukan sesuatu perkara yang sama seperti mana makhluk lain lakukan,iaitu tidur. Hee. Aku tak boleh nak tidurlah. Terfikir n terkenangkan balik masa zaman sekolah tadika n sekolah rendah. Aku ada member yang terbaik sangat,dy lah yang paling terbaik sekali lah. Dulu masa sekolah tadika, lepas je balik sekolah. aku datang rumah dy aw. Ajak dy main mainan. Maklumlah dulu rumah dy banyak mainan,biasa mainan pokemon. Lepas balik je lepak dengan dy bawah pokok rambutan rumah dy. Memang best giler lah. Siap main korek2 pasir, buat jalan kecik untuk mainan kereta tamia. Haa ingat lagi. Dulu kereta tu lah yang paling top. Memang gila2 lah kalau nak dapatkan. Tapi untung aku sebab ada dy. Dy ada kereta tamia lebih,so dy bagi aku main dy ajak main. Tapi masalah kereta yang dy bagi tu tak boleh gerak. Enjin kecik dalam tu dah tade. So aku kesah ape kan,yg penting roda ada so aku buat main tolak2 jelah. Haha. Main bawah pokok, redup pula tu. Memang saat paling manis dalam hidup aku lah. Ada satu hari tu aku main mainan dekat pasir,aku siap gali lubang pula tu. Yela kan nak buat laluan mainan tu kan. Bapak aku balik je dari keje,dy ngaruk. Dy panggil aku p dekat belakang rumah dy amik cangkul suh aku main longkang dekat belakang tu daripada aku main pasir. And yang aku taley lupa time tu jelah, bapak aku menangis sebab aku macam ni. :') yelah kan terlalu nakal kan. Aku takut sangat2. Hmm. Pape pun ni antara yang terbaik lah. Bila masuk je sekolah rendah dari darjah 1 sampai 6, setiap tahun aku akan main mercun dengan dy. Haha. Buat mercun sendiri, amek kau pertama kali mercun aku menjadi. Mana taknya, aku campurkan bahan macam petrol,minyak tanah,sabun lagi tah ape tah. Air tu terus jadi kelabu. Haha. Isi dalam botol minyak yang besar,lepas tu surat khabar letak dekat bibir botol tu. Habis je buat sume tu,aku try bakar. Bakar api tak jalan, tiup2 sampai habis baru api tu besar. Lepas tu tiba2 je meletop. Asap banyak gila n nasib muka tak hitam. Haha. Tapi bila masuk je sekolah menengah segalanya berubah hari demi hari,sedikit demi sedikit. Dy dah dapat member yang dapat merubah diri dy lebih kepada style n dressup. Dy dah kurang layan aku msa tu sebab asyik keluar dengan member dy jee. Tapi kalau p sekolah kadang2 sendiri. N sekarang dy dah jarang lepak dengan aku. Maklumlah member dah ramai. So aku selalu sendiri. Fikir2 macam2. Pape pun aku happy sebab ada kawan macam kau. Semua kenangan aku dengan kau,tak kan pernah aku lupa.

No comments:

Post a Comment

hei thanks coz views and comment my blog.. ^_^

Powered By Blogger